| Klik tarikh yang berwarna untuk melihat perjalanan pelancongan |
Latar Belakang Geomatika Travel and
Tours Sdn. Bhd.
Geomatika Travel and Tours Sdn. Bhd. atau Geotours
merupakan sebuah agensi pelancongan bumiputera yang mana telah mula
ditubuhkan pada tahun 2005 dan menjalankan pengoperasian sepenuhnya
pada 16 November 2005 iaitu selepas mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya
Syarikat Malaysia. Geomatika Travel and Tours terletak di Setiawangsa
merupakan lokasi yang cukup strategik iaitu di antara bandaraya Kuala
Lumpur. Geomatika Travel and Tours merupakan salah sebuah syarikat di
bawah kumpulan Geomatika Group. Geomatika telah mendapat pengiktirafan
dari AITA sebagai salah sebuah agensi pelancongan yang berpotensi tinggi
untuk memajukan industri pelancongan. |
Slogan Geomatika Travel and
Tours Sdn. Bhd.
Dengan slogan "Melancong Bersama Keindahan Dunia"
syarikat kami cuba untuk memenuhi kepuasan pelanggannya dengan menyediakan
perkhidmatan yang terbaik serta memenuhi kepuasan pelanggan dengan melancong
mengelilingi dunia. Berbekalkan dengan lima orang pekerja yang berdedikasi
dan berkomitmen tinggi kami yakin kami mampu memenuhi kehendak pelanggan. |
Visi Geomatika Travel and
Tours
Visi kami ialah dengan menjanjikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelancong serta sentiasa bersikap mesra dengan kerenah pelanggan. |
Misi Geomatika Travel and
Tours
Misi kami pula ialah sentiasa bersedia untuk menyediakan produk pelancongan kepada pelancong-pelancong dalam dan luar negara. Selain itu, kami juga cuba untuk menjadikan industri pelancongan ini sebagai salah satu sumber pendapatan ekonomi utama kepada kepada kumpulan Geomatika Group dan pendapatan kepada kerajaan. |